suria

Presiden Iraq Dimasukkan Ke Hospital, Penyakit Belum Ditentukan

BAGHDAD: Pejabat Presiden Iraq, Jalal Talabani berkata beliau telah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan terhadap masalah kesihatan yang tidak dapat ditentukan.

Pejabat presiden menyiarkan kenyataan ringkas pada Selasa di laman web rasminya.

Menurut kenyataan, Talabani telah dibawa ke hospital pada petang Isnin selepas menunjukkan tanda-tanda keletihan.

Kenyataan itu tidak memberikan butir-butir lanjut dan mengatakan bahawa laporan perubatan akan dikeluarkan kemudian.

Jurucakap Talabani tidak dapat dihubungi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain