suria

Lelaki Bersenjata Bunuh Empat Pekerja Kempen Polio Di Pakistan

KARACHI: Pegawai kanan kesihatan berkata seorang lelaki bersenjata telah membunuh empat wanita yang bekerja untuk kempen vaksinasi polio kerajaan di bandar terbesar Pakistan, Karachi.

Sagher Ahmed, menteri kesihatan untuk sekitar wilayah Sindh berkata lelaki bersenjata itu pada Selasa turut mencederakan dua lelaki yang berada bersama dengan wanita terbabit.

Taliban telah bercakap mengenai tentangan terhadap vaksin polio dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan mendakwa pekerja-pekerja kesihatan bertindak sebagai pengintip bagi AS dan vaksin itu sendiri menyebabkan kemudaratan.

Ahmed berkata tembakan berlaku di kawasan Karachi yang didiami oleh etnik Pashtun.

Taliban adalah sebuah gerakan Pashtun, dan ramai militan dilaporkan bersembunyi dalam komuniti-komuniti di Karachi.

Pada Isnin, polis berkata, lelaki bersenjata membunuh sukarelawan untuk kempen anti-polio Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Karachi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain