Serangan Roket: Empat Terbunuh di Lapangan Terbang Pakistan - Dunia | mStar

Serangan Roket: Empat Terbunuh di Lapangan Terbang Pakistan

PESHAWAR: Empat terbunuh manakala ramai yang lain cedera dalam serangan beberapa roket pemberontak ke arah lapangan terbang di bandar Peshawar, barat laut Pakistan, lewat malam Sabtu.

Menurut Pegawai Kanan Polis Pakistan, Imran Shahid, susulan serangan roket terbabit, lapangan terbang di barat laut bandar Peshawar terpaksa ditutup.

"Tiga roket dilepaskan, di mana dua daripadanya meletup di dalam lapangan terbang Peshawar manakala satu lagi terjatuh dan meletup di atas kenderaan di luar lapangan terbang terbabit," katanya di sini, hari ini.

Sehingga kini, masih belum jelas lokasi roket itu mendarat dan kadar kerosakan yang dialami.

Berikutan serangan terbabit, kedengaran bunyi tembakan berterusan di sekitar lapangan terbang berkenaan, khususnya dilepaskan Angkatan Tentera Udara Pakistan yang berpangkalan di lapangan terbang itu.

Sebaik saja serangan roket pertama, pihak tentera menutup kawasan lapangan terbang berkenaan bagi melancarkan operasi mencari. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain