JAKARTA: Kementerian Perdagangan Indonesia akan mengambil tindakan terhadap pengedar bebola daging yang didapati menjual bahan makanan itu bercampur daging babi.Timbalan Menteri Perdagangan, Bayu Krisnamurthi berkata pengeluar bebola daging atau bakso telah melanggar undang-undang perlindungan pengguna jika didapati benar berbuat demikian dan boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda RP2 bilion (RM632,385) jika sabit kesalahan. Namun ia boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang jika memberitahu kepada pembeli dan pengguna terlebih dulu bakso terbabit bercampur daging babi.- Agensi