suria

Enam Tentera India Maut Dalam Runtuhan Salji

SRINAGAR, India: Kira-kira enam tentera India terbunuh dalam satu kejadian runtuhan salji yang meranapkan sebuah pos tentera di Glasier Siachen, Ahad.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel J.S. Brar berkata, kejadian yang berlaku awal pagi itu menimbus tujuh anggota.

Bagaimanapun, anggota operasi menyelamat yang dijalankan hanya berjaya menemui enam mayat.

Tambahnya, operasi menyelamat di kawasan yang membunuh sekurang-kurangnya 8,000 tentera sejak 1984 itu masih lagi diteruskan.

Artikel Lain