suria

25 Maut Jet Tentera Syria Bom Kem Pelarian Palestin

BEIRUT: Serangan bom jet pejuang Syria ke atas kem pelarian Palestin di Yarmouk, selatan Damsyik pada Ahad telah menyebabkan sekurang-kurangnya 25 maut.

Kesemua mangsa berkenaan didakwa sedang berlindung di dalam sebuah masjid.

Satu video yang disiarkan laman perkongsian video YouTube menunjukkan mayat bergelimpangan di kawasan tangga masjid berkenaan.

Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen untuk mengusir penentang Presiden Bashar al-Assad yang telah berlanjutan sejak sebulan yang lalu.

Artikel Lain