suria

Permintaan Minyak China Dijangka Meningkat Tahun Depan

BEIJING: Permintaan mendapatkan minyak oleh China dijangka meningkat 3.4 peratus tahun ke tahun pada 2013, demikian menurut bank pelaburan global, Deutsche Bank (DB).

Katanya, walau pun pertumbuhannya dijangka sederhana berbanding tahun sebelum itu, China akan terus menjadi negara yang memerlukan permintaan yang paling tinggi berasaskan pertumbuhan, yang bersamaan dengan 40 peratus.

Permintaan minyak China berkembang pada kadar yang paling perlahan dalam tempoh 10 tahun pada 2012.

Bagaimana pun, DB mengunjurkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) China akan kembali kepada 8.5 peratus pada separuh kedua 2013, yang dirangsang oleh pelaburan korporat dan peningkatan eksport.

"Peningkatan prospek pertumbuhan ekonomi bagi tahun depan menunjukkan gambaran permintaan minyak yang semakin meningkat di China," kata Agensi Berita Xinhua seperti yang dipetik DB sebagai berkata.

"China dijangka mengeluarkan minyak dari dua tapak rizab petroleum strategik (SPR) yang baharu dari wilayah Guizhou yang terletak di barat daya China serta satu lagi ditapak SPR di wilayah Qingtao di sebelah timur China," katanya.

Artikel Lain