suria

PRU Jepun: Calon Warga Emas Guna Wang Simpanan Pengebumian Untuk Bertanding

HANYU: Seorang lelaki berusia 94 tahun menggunakan kesemua wang simpanan pengebumiannya sebagai deposit untuk bertanding dalam pilihan raya.

Lelaki tersebut mulai keluar merayu undi pada Khamis, cuma dua hari menjelang pilihan raya umum Jepun.

Ryokichi Kawashima adalah calon paling tua untuk pemilihan kerusi dewan rendah yang akan berlangsung Ahad ini.

Beliau berkata, dirinya perlu terbabit dalam politik bagi menghalang golongan muda daripada melakukan kerosakan.

"Saya mewakili golongan yang lemah," kata nya.

Kawashima merupakan seorang daripada 1,504 calon yang bersaing merebut 480 kerusi Dewan Perwakilan.

Artikel Berikut

Guatemala Bebaskan McAfee

Artikel Lain