suria

Penjenamaan Jadi Tumpuan Utama Festival of Media Asia 2013

SINGAPURA: Festival of Media Asia, versi Asia bagi festival media mengenai kreativiti dan inovasi yang dikenali ramai, pada Khamis mengumumkan barisan penceramah terkenal yang akan menjayakan acara itu di W Singapore - Sentosa Cove dari 3 hingga 5 Mac, 2013.

Dalam kenyataannya pada Khamis, pengasas festival itu dan ketua pegawai eksekutif C Squared, Charlie Crowe berkata: "Kami dengan sukacita mengumumkan senarai awal penceramah kami, yang setiap seorang daripada mereka merupakan peneraju pasaran dalam bidang masing-masing".

Mereka termasuk presiden MasterCard Worldwide Bahagian Asia Tenggara, Matthew Driver; pengarah urusan United APAC Jamie Reigle; pengarah kanan pemasaran Kimberly-Clark APAC Michelle Froah; pengarah urusan LinkedIn Australia, New Zealand dan Asia Tenggara Clifford Rosenberg; dan naib presiden eksekutif & ketua pegawai jenama Starwood Hotels and Resorts Worldwide Phil McAveety.

Jenama lain yang akan mengambil bahagian ialah Banyan Tree, BMW Asia, Experian South East Asia, GlaxoSmithKline, Innocean/Hyundai, Johnson & Johnson, McDonald's, Nestle, Nike, Samsung dan Singapore Tourism Board. - BERNAMA

Artikel Berikut

Guatemala Bebaskan McAfee

Artikel Lain