Lelaki Jadi Pilihan Berbanding Wanita Untuk Isi Jawatan Penting di Asia - Dunia | mStar

Lelaki Jadi Pilihan Berbanding Wanita Untuk Isi Jawatan Penting di Asia

KUALA LUMPUR: Kajian Towers Watson 2012 Global Workforce mendapati, secara umumnya di Asia, lelaki menjadi pilihan utama untuk menyandang jawatan penting manakala wanita jarang menjadi pengganti untuk menerajui perniagaan berasaskan keluarga atau ketua pegawai eksekutif dalam sesebuah organisasi.

Dalam kenyataan kepada Bernama, Towers Watson berkata Laporan Grant Thornton International Business Report 2011 menunjukkan perkadaran global bagi wanita yang menduduki jawatan pengurusan kanan tahun lepas hampir tidak berubah sejak 2004.

"Walaupun ada peningkatan dalam jumlah wanita yang menjadi tenaga kerja di Malaysia sejak sedekad lepas, namun jumlah mereka yang menduduki peringkat pengurusan kanan dan dalam lembaga pengarah, masih rendah. "Di samping itu, hanya 45 peratus wanita yang terlibat dengan kaji selidik di Malaysia bersetuju bahawa terdapat program dalam organisasi masing-masing untuk membantu mereka terus maju dalam kerjaya," katanya.

Kenyataan itu berkata kajian tersebut juga mendapati 46 peratus wanita Malaysia yang ditinjau pendapat mereka membayangkan kesediaan masing-masing untuk meninggalkan jawatan sedia ada sekiranya mendapat tawaran gaji lebih lumayan di tempat lain.

Berdasarkan kajian Global Workforce, daripada segi pengiktirafan pula, hanya 46 peratus wanita Malaysia yang ditinjau pendapat mereka berkata penyelia mereka sering memberi pengiktirafan bagi kerja yang dilaksanakan dengan baik.

"Hanya 48 peratus wanita yang terlibat dalam kaji selidik ini menyatakan majikan mereka membenarkan mereka menikmati keseimbangan sihat antara tugas dan kehidupan peribadi," kata kenyataan itu.

Towers Watson Global Workforce Study 2012 meliputi lebih 32,000 pekerja yang dipilih daripada panel penyelidik yang mewakili populasi pekerja sepenuh masa yang bertugas dengan organisasi besar dan sederhana dalam pelbagai industri di 29 pasaran seluruh dunia.

Sampel yang diambil dari Malaysia melibatkan 1,000 pekerja. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain