suria

Korea Selatan Kutuk Pelancaran Roket Korea Utara

SEOUL: Korea Selatan pada Rabu mengutuk pelancaran roket Korea Utara sebagai pencabulan terang-terangan resolusi PBB dan ancaman kepada kestabilan di semenanjung Korea dan dunia pada umumnya.

"Kerajaan kami mengutuk sekeras-kerasnya, bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa, Korea Utara untuk mengabaikan amaran berulang dan permintaan untuk membatalkan pelancaran dan menjalankan dengan provokasi itu," Menteri Luar Kim Sung-Hwan kepada pemberita.

Beliau berkata pelancaran itu adalah "pencabulan jelas" resolusi Majlis Keselamatan PBB mengharamkan ujian peluru berpandu balistik. AFP

Artikel Lain