suria

Malta Tetapkan Pilihan Raya Pada 9 Mac

VALLETTA, Malta: Malta telah menetapkan tarikh pilihan raya umum pada 9 Mac tahun depan selepas kerajaan telah kehilangan majoritinya, menangguhkan beberapa siri potongan cukai dan peningkatan gaji yang dirancang dalam bajet.

Perdana Menteri, Lawrence Gonzi mengumumkan tarikh pilihan raya itu pada Selasa selepas mesyuarat bersama Presiden, George Abela.

Gonzi berkata, beliau bertanyakan ketua negara untuk membubarkan Parlimen pada 7 Januari selepas Parti Nasionalisnya dan pembangkang Parti Buruh telah bersetuju untuk memberi laluan kepada sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru terlebih dahulu sebelum melancarkan kempen pilihan raya.

Satu kerusi majoriti kerajaan Gonzi jatuh pada malam Isnin selepas ahli parlimen, Franco Deboni mengundi membangkang cadangan bajet untuk 2013 kerana beliau tidak begitu gembira dengan perubahan yang dilakukan oleh menteri pengangkutan. - AP

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain