suria

Penyanyi Mexico-Amerika Maut Dalam Nahas Pesawat

Penyanyi Mexico-Amerika, Jenni Rivera maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas
 Penyanyi Mexico-Amerika, Jenni Rivera maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas
Penyanyi Mexico-Amerika, Jenni Rivera maut apabila pesawat yang dinaikinya terhempas

MONTERREY: Sebuah pesawat kecil yang membawa bintang Mexico-Amerika, Jenni Rivera terhempas di utara Mexico pada Isnin, menyebabkan semua penumpang terbunuh, sekali gus mengundang kesedihan di kalangan peminat dan rakan selebriti.

Bangkai pesawat Lear Jet, yang membawa enam penumpang, ditemui oleh petani di negeri Nuevo Leon, beberapa jam selepas berlepas dari Monterrey dalam perjalanan ke Toluca, di tengah-tengah Mexico, kata pihak berkuasa.

Komunikasi radio dengan pesawat hilang sejurus selepas iaa berlepas jam 3.15 pagi.

Menteri Pengangkutan, Gerardo Ruiz memberitahu televisyen Milenio, lokasi nahas adalah adegan terburuk dengan tiada seorang penumpang yang terselamat.

Rivera, 43, penyanyi berasal dari Mexico, popular dengan genre Banda dan Norteno. Album beliau dijual sebanyak 15 juta salinan. - AFP

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain