suria

Opel Tamatkan Pengeluaran Kereta Di Kilangnya Di Jerman

BERLIN: Unit Opel General Motors Co. menyatakan perancangan menamatkan pengeluaran kereta di salah sebuah kilangnya di Jerman pada 2016 tetapi kilang tersebut sebaliknya boleh digunakan untuk pembuatan komponen.

Opel berkata pekerja di kilang Bochum di barat laut Jerman - salah sebuah daripada empat kilang di negara ini - telah dimaklumkan pada Isnin bahawa pengeluaran kenderaan akan berakhir pada masa yang dijangkakan apabila syarikat itu berhenti membuat model Zafira.

Tetapi ia berkata gudang syarikat di Bochum akan terus mengupah pekerja selepas 2016 dan mungkin juga akan dikembangkan.

Opel juga sedang berunding dengan wakil pekerja untuk mengeluarkan komponen di tapak tersebut.

Opel mengalami pergelutan di tengah-tengah kesuraman ekonomi di Eropah dan lebihan kapasiti dalam industri auto.

Ia mengumumkan pelan pemulihan pada bulan Jun yang akan melibatkan penamatan dan model baru.

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain