suria

Korea Utara Lanjut Tempoh Pelancaran Roket Ke 29 Disember

SEOUL: Korea Utara pada hari Isnin menangguhkan pelancaran roket kontroversi jarak jauh sehingga 29 Disember berikutan masalah teknikal.

Seorang jurucakap bagi Jawatankuasa Teknologi Angkasa Korea Utara yang tidak mahu dikenali memberitahu media bahawa saintis mendapati terdapat "kekurangan teknikal dalam modul pertama peringkat kawalan enjin roket."

Kenyataan itu tidak mengulas lanjut tetapi berkata juruteknik telah ditugaskan untuk membuat persiapan akhir untuk pelancaran.

Korea Utara membuat percubaan kedua pada tahun ini untuk melancarkan roket yang mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Washington, Seoul dan lain-lain berkata ia bertujuan untuk menguji teknologi peluru berpandu yang boleh digunakan untuk menyerang Amerika Syarikat.

Mereka telah memberi amaran kepada Korea Utara untuk membatalkan pelancaran atau menghadapi gelombang baru sekatan.

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain