suria

Dua Maut Bas Dibakar Di Sao Paulo

RIO DE JANEIRO: Dua orang terbunuh apabila bas yang mereka naiki dibakar, kata agensi berita, Agencia Brasil.

Laporan akhbar itu menyebut sekumpulan orang menyerang bas berkenaan dengan kayu dan batu ketika tiba di destinasi terakhir, iaitu sebuah taman di utara Sao Paulo, awal pagi Isnin.

Mereka membalas bahan bakar ke dalam bas itu sebelum beredar.

Kedua-dua mayat belum dikenalpasti.

Kejadian itu berlaku pada bulan paling ganas di Sao Paulo yang dicemari kes pembunuhan dan bas kerap dibakar. - AP

Artikel Sebelum

Twitter Tambah Instragram

Artikel Berikut

Artikel Lain