suria

Presiden Venezuela Kembali Hidap Kanser, Rancang Pembedahan

Hugo Chavez. Foto AFP
Hugo Chavez. Foto AFP
Hugo Chavez. Foto AFP

CARACAS, Venezuela: Presiden Venezuela, Hugo Chavez pada malam Sabtu (waktu tempatan) mengumumkan bahawa penyakit kanser yang dihidapi beliau sebelum ini kembali dan akan menjalani pembedahan lagi di Cuba.

Chavez, yang menang semula dalam pilihan raya pada 7 Oktober lalu berkata, ia merupakan kali pertama sekiranya kesihatan beliau bertambah buruk, kedudukannya akan digantikan oleh Naib Presiden, Nicolas Maduro.

“Kita perlu menjamin Revolusi Bolivarian terlebih dahulu,” kata Chavez kepada stesen televisyen.

Pakar-pakar perubatan luar berkata, berdasarkan keadaan Chavez, beliau sedang berhadapan dengan satu perjuangan yang amat sukar melibatkan penyakit kanser.

Presiden itu yang baru sahaja pulang dari Cuba pada Jumaat berkata, ujian menunjukkan “sesetengah sel malignan” kembali di kawasan yang sama di mana tumor sebelum ini dikeluarkan.

“Saya perlu kembali ke Havana esok.” Kata Chavez sambil menambah bahawa beliau akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari lagi. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain