suria

Pusat Enjin Singapura Pratt & Whitney Sambut Penghantaran Enjin Ke 7,000

SINGAPURA: Pratt & Whitney hari ini mengumumkan bahawa pusat enjin Singapura miliknya meraikan lebih 30 tahun operasinya dengan pencapaian penting penghantaran enjin yang telah dirombak rawat ke-7000.

Naib presiden Pratt and Whitney Singapura William Kircher, berkata dalam ucapannya: “Kami berbangga bahawa pusat enjin Singapura kami telah mencapai kejayaan ini, menunjukkan ia telah membangunkan kecemerlangan berkelas dunia, boleh memberikan pembaikpulihan enjin dan perkhidmatan rombak rawat berkualiti tinggi, dan menarik pengguna dari seluruh dunia."

Pusat enjin Pratt & Whitney Singapura, Eagle Services Asia Pte Ltd (ESA), kini mengekalkan kapasiti untuk merombak rawat sehingga 300 jet enjin setiap tahun dan mempunyai hampir 900 pekerja. BERNAMA

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain