suria

Dakwaan Rasuah , Menteri Sukan Indonesia Letak Jawatan

Gaya Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng sebelum mengadakan sidang akhbar di Jakarta bagi mengumumkan peletakan jawatannya dan menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan atas tuduhan rasuah. -foto AFP
Gaya Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng sebelum mengadakan sidang akhbar di Jakarta bagi mengumumkan peletakan jawatannya dan menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan atas tuduhan rasuah. -foto AFP
Gaya Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng sebelum mengadakan sidang akhbar di Jakarta bagi mengumumkan peletakan jawatannya dan menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan atas tuduhan rasuah. -foto AFP

JAKARTA: Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, pada Jumaat meletakkan jawatan dari kabinet.

Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.

Dua orang lain yang dihalang itu ialah adik menteri itu iaitu Andi Zulkarnain Mallarangeng dan ahli perniagaan Mohammad Arief Taufiqurahman.

Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.

Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah hari Jumaat mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.

Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.

Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.

Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang dari projek itu.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.

Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain