suria

Nokia Siemens Network Akan Tutup Unit Pemasangan dan Penyelenggaraan Di Jerman

FRANKFURT: Nokia Siemens Networks, iaitu firma gabungan antara Nokia dan Siemens mengumumkan pada Rabu yang mereka bercadang untuk menutup satu unit di Jerman sekaligus mencetuskan kebimbangan lebih 1,000 pekerja akan kehilangan pekerjaan tidak lama lagi.

Unit tersebut ialah Nokia Siemens Networks Services yang berpangkalan di Jerman.

Rancangan untuk menutup unit tersebut akan dilakukan menjelang hujung 2013.

Sejak dibentuk lima tahun yang lalu, unit berkenaan gagal mencatatkan sebarang keuntungan.

Unit berkenaan mengkhusus dalam bidang pemasangan dan penyelenggaraan.

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain