suria

IDA Singapura Denda 3 Pengendali Mudah Alih Kerana Gagal Patuhi Kualiti Perkhidmatan

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura mengenakan penalti sebanyak S$10,000 setiap satu terhadap tiga pengendali mudah alih di sini iaitu M1, SingTel Mobile dan StarHub Mobile kerana gagal mematuhi standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) IDA bagi kawasan luar seluruh negara untuk perkhidmatan telefon mudah alih 3G.

Dalam satu kenyataan, IDA berkata ia mendenda pengendali mudah alih itu kerana ketidakpatuhan dengan standard QoS sekurang-kurangnya 99 peratus liputan perkhidmatan bagi petunjuk Liputan Perkhidmatan Luaran seluruh negara bagi September 2012. BERNAMA

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain