suria

Bekas Perdana Menteri Thailand Berdepan Pertuduhan Bunuh

Abhisit Vejjajiva
Abhisit Vejjajiva
Abhisit Vejjajiva

BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva menghadapi pertuduhan bunuh yang menyebabkan kematian seorang pemandu teksi yang telah ditembak oleh tentera semasa Perhimpunan "Baju Merah" 2010, kata pihak berkuasa, Khamis.

Jabatan Siasatan Khas, Polis dan Pendakwaraya Thailand mengumumkan keputusan tersebut yang meletakkan dakwaan pertama bagi kematian semasa perhimpunan besar-besaran di Bangkok terhadap kerajaan Abhisit.

"Mesyuarat tiga pihak telah memutuskan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva dan bekas timbalannya Suthep Thaugsuban di bawah Artikel 288," kata Ketua Unit DSI Tarit Pengdith, merujuk kepada peruntukan pembunuhan di bawah kod jenayah Thailand.

Beliau berkata keputusan kumpulan itu dibuat berdasarkan testimoni saksi serta keputusan mahkamah bahawa pemandu teksi Phan Kamkong telah ditembak dan dibunuh oleh tentera Thai semasa keganasan politik negara paling teruk dalam beberapa dekad. -AFP

Artikel Sebelum

Timor Leste Kekal Sertai Asean

Artikel Berikut

Artikel Lain