suria

Taufan Bopha: 43 Maut di Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya 43 penduduk dan tentera mati lemas selepas hujan lebat akibat Taufan Bopha melanda kawasan pergunungan yang menyebabkan beberapa trak tentera serta van kecemasan terbalik di selatan Filipina.

Angka korban terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 74 orang dalam bencana ribut kuat yang melanda Filipina, tahun ini.

Gabenor negeri, Arturo Uy, berkata hujan lebat susulan Taufa Bopha yang membawa pusaran angin ke atas kawasan pergunungan yang kemudiannya mengakibatkan banjir besar di perkampungan Andap di Bandar Baru Bataan, wilayah Lembah Compostela.

Mangsa terdiri daripada penduduk kampung keluar menyelamatkan diri dari rumah ke sekolah dan dewan orang ramai yang kemudiannya dilanda banjir kilat.

Uy berkata trak yang membawa anggota tentera dan penduduk turut dibawa arus deras.

“Mereka menyangka bahawa mereka sudah selamat tapi tidak tahu air besar melanda laluan mereka,” katanya kepada stesen radio tempatan, DZBB pada Rabu. - AFP

Artikel Lain