suria

PM Ucap Tahniah Kepada Duke, Duchess Cambridge

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pada Rabu mengucap tahniah kepada Duke dan Duchess Cambridge yang dijangka akan menimang cahaya mata.

"Saya mendapat penghormatan menemui Pasangan Diraja itu semasa lawatan mereka ke Malaysia awal tahun ini sebagai sebahagian dari lawatan Jubli Intan baginda Queen.

"Mereka merupakan duta terbilang buat UK dan saya gembira untuk mereka," kata Perdana Menteri di Facebooknya.

Istana St James mengumumkan Isnin lalu bahawa Putera William, Britain dan isterinya Catherine akan menimang cahaya mata, dan duchess itu dimasukkan ke hospital swasta King Edward VII di London Tengah setelah mengalami masalah kesihatan berat dikenali sebagai 'hyperemesis gravidarum'. - BERNAMA

Artikel Lain