suria

Pegawai Daerah Didesak Letak Jawatan Kerana Cerai Isteri Guna SMS

JAKARTA: Beratus-ratus rakyat Indonesia terdiri daripada pelajar dan aktivis hak asasi mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi mendesak peletakan jawatan Pegawai Daerah Garut, Aceng Fikri, 41. Ia setelah Aceng menceraikan isterinya, Fani Oktora yang masih berusia 17 tahun menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), selepas hanya empat hari berkahwin. Aceng menceraikan isteri keduanya itu Julai lalu dengan menuduh Fani sudah tidak lagi dara selepas perkahwinan mereka yang menelan belanja AS$26,000 (RM78,387). -AFP

Artikel Lain