suria

Iran Kesan Pesawat Tanpa Pemandu di Teluk Parsi

TEHRAN: Iran pada Rabu mendakwa berjaya mengesan sebuah pesawat tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) yang menembusi ruang udara di perairan Teluk Parsi namun Rumah Putih dan Tentera Laut AS menafikan laporan itu.

Pasukan Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran dalam satu kenyataan di laman web rasminya ‘Sepahnews.com’ berkata, sebuah pesawat tanpa pemandu yang melakukan rondaan bagi tujuan peninjauan dikesan sebaik saja pesawat memasuki ruang udara Iran.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan bagaimana, lokasi dan bila pesawat itu berjaya dikesan.

Kenyataan hanya berkata, pesawat terbabit dipercayai sedang menjalankan misi intipan “beberapa hari lalu”.

Tentera Laut Iran yang ditugaskan untuk menjaga aset negara di Teluk Parsi, berkata pesawat tanpa pemandu jenis ScanEagle bersaiz kecil dengan kelebaran sayap sepanjang tiga meter biasanya dikawal dari kapal pengangkut yang terletak kira-kira 100 kilometer. - AFP

Artikel Lain