suria

Obama Beri Amaran Syria Tidak Guna Senjata Kimia

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad agar jangan menggunakan senjata kimia untuk membunuh rakyatnya.

“Hari ini, saya mahu menjelaskan kepada Assad dan mereka di bawah pemerintahannya, dunia memerhatikan anda. Penggunaan senjata kimia adalah tidak boleh diterima.

“Jika anda melakukan kesilapan tragik dengan menggunakan senjata seperti ini, anda akan berdepan dengan kesannya dan anda bertangggungjawab," katanya.

Pegawai AS sebelum ini memberitahu, Syria kini mula memproses kimia yang boleh untuk membunuh manakala laporan lain menyebut bahawa Damsyik akan menggunakan senjata gas dalam serangannya bagi menangani pemberontak. - AFP

Artikel Lain