suria

iPhone 5 Dilancar di Korea Selatan, 50 Lagi Negara

SAN FRANCISCO: Apple pada Selasa mengumumkan versi terbarunya, iPhone5 kini dipasarkan di Korea Selatan dan lebih 50 lagi negara termasuk Russia, Brazil, dan Taiwan, lewat bulan ini.

Syarikat berpangkalan di California itu sebelum itu berjanji bahawa iPhone 5 akan boleh diperoleh di 100 negara menjelang hujung tahun ini meskipun berdepan dengan tekanan untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat.

Minggu lalu Apple mendedahkan rancangan masa depannya mengenai produk terbaru, termasuk iPad mini dan iPhone 5 boleh diperoleh di China bulan ini, iaitu di negara yang banyak mengeluarkan produk Apple itu.

iPad mini dan generasi iPad keempat mula dijual di China Disember ini manakala iPhone 5 boleh didapati di pasaran negara itu mulai 14 Disember.

Sejak dilancarkan di Amerika Syarikat dan beberapa negara pada September lalu, iPhone 5 kini mencatatkan jualan mencecah lima juta unit dalam minggu pertamanya. - AFP

Artikel Lain