suria

Pengawal Pantai Mati Dalam Kemalangan Bot Di Luar Pantai AS

VENTURA, California: Seorang anggota Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan yang lain cedera apabila bot kecil mereka dirempuh oleh bot penyeludup pada awal pagi Ahad di luar pantai Southern California.

Pengawal Pantai Redondo, Terrell Horne III disahkan mati selepas dibawa ke darat di Port Hueneme, kata Timbalan Ketua Pemeriksa Perubatan Daerah, James Baroni.

Beliau mengalami kecederaan kepala yang teruk, kata pegawai Pengawal Pantai.

Seorang lagi pengawal pantai dirawat kerana mengalami kecederaan kecil.

Bot penyeludup, yang bergerak tanpa lampu, dengan kadar kelajuan yang tinggi apabila merempuh bot kecil yang dibawa oleh pengawal pantai menyebabkan kedua-duanya tercampak ke laut, menurut kenyataan Pengawal Pantai.

Satu lagi kapal Pengawal Pantai berhenti di bot berkenaan yang cuba melarikan diri, dan menahan dua suspek. - AP

Artikel Lain