suria

Penggunaan Bahasa Hinglish Berleluasa di India

INDIA: India dengan penduduk 1,2 juta tidak memiliki bahasa nasional yang menyebabkan bahasa campuran Inggeris serta Hindi atau Hinglish semakin sering digunakan.

Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan..

Namun pelajar yang sudah tamat persekolahan sebahagian besarnya menggunakan bahasa yang tidak akan difahami di London atau di New York kerana bahasa tersebut telah digabungkan antara bahasa Inggeris dan Hindi.

Segelintir pihak mengatakan bahasa Hinglish ini muncul kerana guru-guru yang tidak bersedia sebagai guru bahasa Inggeris sebanar ditambah dengan tiadanya bahasa kebangsaan.

Selepas merdeka, bahasa Inggris masih tetap digunakan sebagai bahasa utama di perguruan tinggi, media tempatan, dan perniagaan.

Namun pada peringkat pemerintahan kebangsaan, bahasa Hindi dijadikan sebagai bahasa resmi kerajaan India.

Iklan dengan Hinglish

Bahasa Hindustani yang banyak digunakan dalam film-film Bollywood hanya digunakan oleh sekitar 40 peratus penduduk India.

Di tempat-tempat lain di India, bahasa yang digunakan adalah berbagai bahasa daerah.

Kebanyakan iklan-iklan di televisyen menggunakan bahasa campuran contohnya iklan syampu dengan slogan, "Come on girls, waqt hai shine karne ka!'

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain