suria

Pembunuhan Badak Tidak Pernah Perlahan Di Afrika Selatan

HUTAN SIMPAN SEMULA JADI VAALKOP, Afrika Selatan: Afrika Selatan berkata, sekurang-kurangnya 588 badak telah dibunuh oleh pemburu haram pada tahun ini sahaja, yang merupakan tahun yang paling teruk direkodkan sejak beberapa dekad.

Jabatan Hal Ehwal Alam Sekitar negara itu mengatakan kebanyakan pembunuhan berlaku di Taman Negara Kruger Afrika Selatan, sebuah kawasan berkeluasan kira-kira 19,4000 kilometer persegi di timur laut negara ini.

Dari 1990-an hingga 2007, pembunuhan badak di Afrika Selatan oleh pemburu adalah kira-kira 15 ekor setahun.

Bagaimanapun, bilangan itu meningkatkan apabila pembeli di Asia membayar jumlah yang banyak untuk mendapatkan tanduk badak.

Tanduk badak diperbuat daripada keratin, protein yang ditemui dalam kuku manusia.

Bagaimanapun, tiada bukti perubatan yang menyokongnya. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain