suria

Lelaki Bunuh Burung Dengan Garpu Terima 6 Bulan Penjara di AS

EVERETT: Lelaki berusia 63 tahun dari Washington dihukum enam bulan penjara apabila bertindak menikam seekor burung nuri bekas teman wanitanya menggunakan garpu.

The Daily Herald melaporkan bahawa Richard J. Atkinson mengaku bersalah terhadap kekejaman haiwan dan berniat jahat pada 19 Ogos lalu.

Dalam surat kepada akhbar pada bulan September, wanita itu berkata dia mempunyai burung nuri bernama Bailey.

Peguam bela, William Steffener berkata anak guamnya tidak ingat apa yang berlaku, dia mungkin dipengaruhi alkohol dan ubat yang diambil membuatkannya hilang pertimbangan.

Hakim Mahkamah Tinggi Snohomish County, George Appel mengarahkan Atkinson untuk menjalani penilaian psikiatri. Dia juga diarahkan membayar kepada wanita sebagai pampasan terhadap nuri dan memusnahkan harta benda, dan dia tidak boleh memiliki apa-apa haiwan peliharaan selama lima tahun. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain