Remaja AS Mati Ditembak Selepas Enggan Perlahankan Muzik - Dunia | mStar

Remaja AS Mati Ditembak Selepas Enggan Perlahankan Muzik

MIAMI: Seorang remaja Florida mati selepas ditembak oleh seorang lelaki yang pada awal meminta mangsa dan kawan-kawannya untuk memperlahankan bunyi muzik dari dalam kereta remaja tersebut.

Jordan Davis, 17, ditembak sekurang-kurangnya dua kali oleh Michael Dunn seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun yang bertanggungjawab atas insiden yang berlaku di Jacksonville itu, kata Sheriff Leftenan Rob Schoonover.

Mangsa remaja kulit hitam itu dikatakan enggan memperlahankan bunyi muzik tersebut dan berlaku perbalahan antara mereka.

"Jordan dan Dunn bertukar-tukar perkataan, dan Dunn menarik pistol dan menembak lapan atau sembilan kali dan ke arah Jordan dua kali. Namun tiada orang lain yang tercedera," kata Schoonover.

Dunn, yang teman wanitanya sedang membeli-belah di kedai berhampiran apabila kejadian itu berlaku, berkata, dia berada di bandar itu kerana majlis perkahwinan anaknya.

Dunn meninggalkan tempat kejadian dan kembali ke hotel tetapi dia kemudiannya dikenalpasti daripada rakaman televisyen litar tertutup.- AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Vietnam Enggan Cap Pasport Baru China

Artikel Berkaitan

Artikel Lain