suria

Ratu Cantik Mexico Terbunuh Dalam Pertempuran Bersama Pengedar Dadah

CULIACAN: Seorang ratu cantik Mexico berusia 22 tahun maut selepas terkena tembakan apabila disangka salah seorang ahli kumpulan pengedar dadah, kata pegawai negara itu, pada Selasa.

Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu rifel di badannya.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan.

“Dia dikatakan dijadikan perisai kepada kumpulan penjenayah berkenaan namun tidak dapat mengesahkan sama ada dia terlibat dalam pertempuran dengan anggota tentera berkenaan," katanya.

Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu.

Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak beberapa jam.

Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juta mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap. - AFP

Artikel Lain