suria

Pasangan Kekasih Dipenjara 3 Bulan Mengadakan Hubungan Intim Dalam Teksi

DUBAI: Sebuah mahkamah Dubai telah menghukum seorang lelaki Ireland dan wanita British tiga bulan penjara atas kesalahan melakukan hubungan intim di belakang teksi. Pendakwa iaitu pemandu teksi menuduh pasangan menanggalkan beberapa pakaian dan antara satu sama lain dan cumbuan dalam teksi pada Mei.

Bagaimanapun pasangan tersebut menafikan tuduhan dan menuduh pemandu teksi reka cerita selepas pertikaian harga tambang yang dikenakan.

Hakim memutuskan pasangan itu akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman tersebut.

Pada tahun 2008, beberapa rakyat British turut menerima hukuman penjara tiga bulan selepas didakwa mengadakan hubungan seks di pantai Dubai. -AP

Artikel Lain