Lebih 100 Pemandu Bas Dari Negeri China Di S'pura Lancar Mogok - Dunia | mStar

Lebih 100 Pemandu Bas Dari Negeri China Di S'pura Lancar Mogok

SINGAPURA: Lebih 100 pemandu bas yang berasal dari China enggan meneruskan kerja pada Isnin sehingga mencetuskan kontroversi yang jarang-jarang sekali berlaku di sini.

Pemandu-pemandu ini yang berkhidmat untuk syarikat perkhidmatan milik negeri - SMRT - tidak berpuashati dengan bayaran gaji mereka kerana tidak setara dengan apa yang diterima oleh rakan sejawatan mereka dari Malaysia dan enggan menaiki pengangkutan dari asrama ke tempat kerja.

Selepas mengadakan rundingan dengan majikan di bawah pengawasan polis, mereka kemudiannya membuat keputusan hanya akan kembali ke tempat kerja pada Selasa.

SMRT dimiliki 54 peratus saham oleh syarikat pelaburan negara iaitu Temasek Holdings.

Singapura telah menggajikan pemandu-pemandu bas dari China dan Malaysia kerana kekurangan tenaga kerja dalam bidang itu.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia Singapura memandang serius kejadian tersebut dan telah mengeluarkan kenyataan keras ke atas para pekerja berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Lelaki Berbogel Di Pameran Seni Lelaki Bogel

default image

Malta Tetapkan Pilihan Raya Pada 9 Mac

Artikel Lain