suria

Kubur Yasser Arafat Digali Semula Cari Punca Kematian Sebenar

RAMALLAH: Kumpulan ahli Palestina menggali semula kubur Yasser Arafat pada Selasa pagi untuk mengambil sampel dari tulangnya dan melakukan pemeriksaan bagi mengetahui penyebab kematiannya.

Ketua kumpulan yang menyiasat kematian Arafat, Tawfiq Tirawi, hadir semasa penggalian selain beberapa penyelidik dan ahli dari Swiss, Prancis dan Rusia, kata seorang sumber seperti dipetik dari laporan Xinhua.

Setelah itu tulang dan rangka Arafat akan dipindahkan ke sebuah masjid di Markas Presiden Palestina di Ramallah, Tepi Barat Sungai Jordan.

Menurut laporan Xinhua, penggalian kubur dilakukan dengan teliti dan ketat bagi menjamin kerahsiaan proses tersebut.

Penyelidikan dilakukan untuk mengetahui sama ada kematian Arafat di sebuah hospital di Perancis pada 11 November 2004 disebabkan diracun. Awal tahun ini, beberapa ahli Swiss memeriksa barang milik Arafat sebagai bahagian dari dokumentasi yang ditayangkan di Al-Jazeera.

Laporan itu melaporkan Institute of Radiation Physics menjumpai kesan radioaktif polonium-210 di berus gigi dan pakaian dalam Yasser Arafat.

Balu Arafat, membuat tuntutan kepada hospital tersebut membuat penyelidikan terhadap punca kematian suaminya. Xinhua

Artikel Lain