suria

Kerajaan Australia Tubuh Dana Untuk Mangsa Rogol Dan Dera

SYDNEY: Kerajaan Australia mengeluarkan satu permohonan maaf parlimen kepada mangsa penderaan dalam tentera.

Selain itu, menubuhkan satu dana pampasan selepas ratusan mangsa dakwaan di rogol dan menerima serangan seksual.

Menteri Pertahanan, Stephen Smith juga menubuhkan pasukan tugas khas bebas untuk menilai secara individu setiap tuduhan didedahkan dalam satu laporan kerajaan tahun lalu.

“Pengalaman sebegitu memberi kesan berpanjangan, serius dan trauma,” kata Smith kepada Parlimen.

Satu dana pampasan terhad ditubuhkan dalam pasukan khas itu, diketuai bekas hakim Mahkamah Tinggi Barat Australia, Len Roberts-Smith, untuk meneliti mangsa yang layak menerima pampasan sehingga AU$50,000 (RM159,750.29). AFP

Artikel Lain