suria

Pemimpin Pemisah Sepanyol Hilang Majoriti Dalam P?Raya Wilayah Catalan

MADRID: Media-media utama Sepanyol mengkritik hebat pemimpin pemisah wilayah Catalan atau lebih dikenali sebagai Catalonia, Artur Mas pada Isnin selepas para pengundi pilihan raya di wilayah itu menolak rayuannya untuk kemerdekaan.

Penolakan tersebut ditunjukkan dengan kehilangan sebahagian besar kerusi parti yang dipimpin oleh beliau, "Convergence and Union."

Sebahagian besar pengundi telah memberikan kerusi kepada parti berhaluan kiri iaitu "Republican Left of Catalonia" yang menduduki tempat kedua.

Ini meletakkan Artur Mas dalam situasi perlu mencari rakan kongsi kuasa yang baru jika partinya hendak membentuk kerajaan campuran wilayah Catalan.

Catalan berjuang untuk berpisah dari Sepanyol sejak 1714. Ibu negeri wilayah itu ialah Barcelona yang lebih dikenali kerana kelab bolasepaknya FC Barcelona.

Artikel Lain