suria

Pelajar Di Gaza Kembali Ke Sekolah Selepas Pertempuran Dengan Israel Tamat

GAZA CITY: Berpuluh-puluh ribu kanak-kanak di Semenanjung Gaza kembali ke sekolah selepas lapan hari pertempuran merentasi sempadan Israel dan kumpulan militan Hamas Palestin, yang mengawal daerah pantai.

Israel yang menjalankan kira-kira 1,500 serangan udara terhadap sasaran mereka, Hamas di Gaza, manakala militan melancarkan banyak serangan roket ke atas Israel.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin yang berpangkalan di Gaza berkata seramai 156 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 33 kanak-kanak dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Serangan roket dari Gaza membunuh enam rakyat Israel.

Kumpulan itu berkata kebanyakan daripada lebih 1,000 yang tercedera di Gaza adalah orang awam. Puluhan rakyat Israel turut tercedera.

Sekolah-sekolah di Gaza dibuka semula pada Sabtu.

Adnan Abu Hassna, jurucakap bagi agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata puluhan ribu pelajar daripada 245 sekolah yang dikendalikan oleh PBB menghabiskan hari pertama mereka bercakap tentang pengalaman mereka semasa pertempuran.

Artikel Lain