suria

Pekerja Tercucuk Paip Sebelum Letupan Gas Di AS

SPRINGFIELD: Satu letupan gas asli yang mencederakan 18 orang dan merosakkan 42 bangunan di kawasan hiburan di Springfield pada Ahad disebabkan pekerja utiliti yang secara tidak sengaja tercucuk paip tekanan tinggi semasa mencari kebocoran.

Marsyal Kebakaran Negeri Stephen Coan berkata letupan pada malam Jumaat di salah sebuah bandar terbesar di timur laut New England disebabkan oleh "kesilapan manusia."

Beliau tidak menamakan pekerja Columbia Gas Co yang mencucuk paip ketika memberi respons terhadap laporan kebocoran gas.

Pekerja tersebut merosakkan paip bawah tanah semasa menggunakan bahan logam untuk mengesan punca kebocoran, kata Coan.

Gumpalan gas kemudiannya merebak ke dalam sebuah bangunan yang menempatkan kelab hiburan, dan menyebabkan beberapa letupan.

Artikel Lain