suria

Lelaki Qatar Hidap Virus Baru – Institut Kesihatan Jerman

BERLIN: Institut Kesihatan Kebangsaan Jerman berkata, seorang pesakit dari Qatar telah disahkan menghidapi virus ‘coronavirus’ jenis baru tetapi ia tidak menunjukkan tanda-tanda yang mudah untuk dijangkiti seperti virus berkaitan yang menyebabkan wabak SARS di seluruh dunia pada 2003.

Institut Robert Koch pada Jumaat berkata, pesakit itu jatuh sakit di Qatar pada Oktober dengan beberapa masalah sistem pernafasan.

Dia dirawat di klinik kas di Jerman untuk sebulan dan kemudian keluar pada minggu ini.

Agensi Perlindungan Kesihatan Britain mengesahkannya berdasarkan contoh-contoh yang dia menghidap coronavirusn yang dikesan hanya berlaku pada empat orang lain setakat ini, dari Qatar dan Arab Saudi.

Institut Koch berkata, belum ada bukti mengenai jangkitan manusia ke manusia. Kira-kira 8,500 dijangkiti SARS pada 2003 dan kira-kira 900 orang meninggal dunia. - AP

Artikel Lain