suria

Rakyat Jordan Bantah Kenaikan Harga Bahan Api

AMMAN: Ratusan rakyat Jordan mengadakan bantahan pada Jumaat bagi membantah kenaikan harga bahan api dan menggesa uspaya dilakukan pembaharuan dalam politik dan ekonomi, kata seorang jurugambar AFP.

Kira-kira 300 orang, termasuk kumpulan Islam dan yang bersayap kiri, mengadakan demonstrasi di hadapan Masjid Grand di tengah Amman, dengan melaungkan slogan seperti menggesa supaya kerajaan berundur.

“Kerajaan ini perlu pergi” dan “mereka yang mahu kenaikan harga (bahan api) mahu melihat negara hangus,” mereka menjerit.

Bantahan itu berakhir secara aman dengan kehadiran pasukan keselamatan dan kira-kira 100 penyokong kerajaan.

Di Zarqa, di timur Amman, kira-kira 200 orang mengadakan protes dalam satu demonstrasi yang dianjurkan oleh Muslim Brotherhood, dan penunjuk perasaan turut berhimpun di Maan dan bandar-bandar lain di selatan negara itu, kata pegawai keselamatan.

Satu pengumuman kerajaan apda minggu lepas bahawa harga bahan api meningkat, termasuk gas isi rumah yang meningkat 53 peratus, mencetuskan beberapa siri protesi yang meminta supaya Raja Abdullah II berundur. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain