suria

Pasangan Dipenjara Didakwa Adakan Hubungan Intim Dalam Teksi

DUBAI: Mahkamah Dubai menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap seorang lelaki Ireland dan wanita British kerana melakukan hubungan intim di tempat duduk belakang teksi.

Hukuman yang dijatuhkan pada Khamis itu merupakan kes terbaru pihak berkuasa dalam kod sosial di Emeriah Arab Bersatu (UAE), di mana mengekalkan undang-undang yang ketat mengenai isu-isu hubungan intim di belakang teksi.

Pendakwa raya mendakwa pasangan berkenaan menanggalkan beberapa pakaian dan kedua-dua mereka bercumbuan dalam teksi pada Mei.

Mereka menafikan tuduhan itu dan menuduh pemandu mereka cerita, selepas mempertikaikan harga tambang.

Hakim mengatakan pasangan itu akan dihantar pulang selepas menjalani hukuman mereka, dan mereka boleh membuat rayuan.

Pada 2008, satu pasangan British menerima hukuman penjara tiga bulan selepas didakwa melakukan hubungan seks di pantai Dubai. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain