suria

Pakistan Gantung Khidmat Telefon Cegah Serangan

ISLAMABAD: Menteri dalam negeri Pakistan berkata, kerajaan akan menggantung perkhidmatan telefon bimbit di kebanyakan tempat di negara itu selama dua hari bagi mengcegah serangan puak Syiah terhadap hari cuti keagamaan.

Rehmen Malik pada Jumaat berkata, penggantungan itu akan bermula pada pukul 6 pagi pada Sabtu.

Sabtu dan Ahad merupakan hari paling penting bagi bulan suci Muharram.

Ahad merupakan Ashura, yang memperingati kematian Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad SAW.

Pelampau Sunni sering mensasarkan Syiah semasa Muharram, terutama Asyura dan sering menggunakan telefon bimbit untuk meletupkan bom. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain