suria

Lelaki Bersenjata Dalam Serangan Mumbai Jalani Hukuman Gantung

MUMBAI: India menjalani hukuman gantung terhadap seorang lelaki bersenjata yang terlibat dalam serangan pengganas ke atas Mumbai pada tahun 2008, kata Kementerian Dalam Negeri negara itu.

Ajmal Kasab, seorang warga Pakistan, merupakan salah seorang daripada 10 lelaki bersenjata yang mengamuk sepanjang jalan-jalan di bandar kewangan India pada November 2008, yang mengorbankan 166 orang.

Kasab digantung pada pukul 7.30 pagi Rabu di penjara di Pune, sebuah bandar dekat Mumbai, selepas presiden India menolak rayuannya berhubung hukumannya.

“Ini adalah balasan di atas kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa dan anggota polis dalam serangan yang kejam di negara kita,” kata R.R Patil, yang merupakan menteri dalam negeri untuk negeri Maharashtra, di mana terletaknya Mumbai. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain