suria

Jambatan Runtuh: 18 Terbunuh Di India

PATNA: Sekurang-kurangnya 18 wanita dan kanak-kanak terbunuh dan berpuluh lagi mengalami kecederaan parah akibat rempuhan selepas jambatan tali runtuh pada sambutan keagamaan Hindu di timur India, kata polis.

Insiden di bandar Patna, berdekatan Sungai Ganges itu berlaku lewat malam Isnin apabila beribu-ribu penganut berebut-rebut berdoa ketika matahari terbit sebagai sebahagian daripada upacara keagamaan Hindu.

Pegawai polis berkata, penganut yang ramai turut dijangka hadir pada Selasa walaupun tragedi berkenaan dilanda kejadian terbabit. - AFP

Artikel Lain