Jakarta Tetapkan RP2.2 Juta Sebagai Upah Minimum 2013 - Dunia | mStar

Jakarta Tetapkan RP2.2 Juta Sebagai Upah Minimum 2013

JAKARTA: Gabenor Jakarta Joko Widodo (Jokowi) telah menetapkan Rp2.2 juta (Rp1 juta = RM316) sebagai Upah Minimum Provinsi (UMP) untuk Jakarta bagi tahun 2013.

"Saya sudah bertemu dengan pihak kesatuan sekerja, pengusaha dan Majlis Upah. Semuanya sudah selesai, dan hari ini ditandatangani, jumlahnya Rp2.2 juta," kata Jokowi di Balai Kota Jakarta, Selasa, sebagaimana dipetik agensi berita Antara.

Gabenor Jakarta itu menjelaskan UMP Jakarta ditentu berdasarkan input daripada pihak kesatuan sekerja, Persatuan Pengusaha Indonesia (Apindo) dan Majlis Upah Kerajaan Jakarta.

"Kami sudah bertemu, berbincang sekaligus mempertimbangkan jumlah upah. Aspirasi pekerja dan pengusaha juga sudah saya dengarkan. Palu sudah diketuk. Jadi, menurut saya, hasilnya adil," katanya.

Upah minimum provinsi ditetapkan oleh Governor provinsi pada setiap tahun, dan jumlahnya adalah berbeza antara satu provinsi dengan provinsi lain kerana ia ditentukan berdasarkan kos keperluan sara hidup di wilayah yang berkenaan.

Pada masa ini, terdapat sejumlah 34 provinsi di seluruh Indonesia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Israel Bedil Bangunan Media di Gaza

Artikel Berikut

Jambatan Runtuh: 18 Terbunuh Di India

Artikel Berkaitan

default image

Wanita Mati Diserang Harimau

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain