suria

Israel Bedil Bangunan Media di Gaza

GAZA CITY: Tentera Israel meneruskan serangan ke atas Palestin dengan membedil sebuah bangunan yang menempatkan agensi media antarabangsa, di sini, menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.

Mangsa yang maut itu dipercayai merupakan seorang daripada komander Jihad Islam yang berada di dalam bangunan tersebut ketika serangan berlaku.

Menurut saksi, Israel melancarkan tiga peluru berpandu ke arah bangunan tersebut, menyebabkan serpihan bangunan bertaburan dan terbakar. - REUTERS

Artikel Lain