suria

EU Gesa Gencatan Senjata Atasi Konflik Israel-Gaza

BRUSSEL: Para Menteri Luar dan Pertahanan Kesatuan Eropah (EU), menggesa agar gencatan senjata dilakukan segera berhubung krisis antara Israel dan Gaza yang semakin memuncak.

Menteri Pertahanan Sweden, Carl Bildt berkata langkah itu perlu dilakukan bagi menghentikan pertumpahan darah yang meragut banyak nyawa.

"Jika kita tidak berbuat demikian, kita akan sentiasa menyaksikan pertumpahan darah dan kehilangan lebih banyak nyawa," katanya.

Artikel Lain